Sahabatku,
Terima Kasih kerana mengangkat martabatku sebagai seorang wanita,
Meminjamkan bahumu kala ku kesedihan,
Menasihatiku tika ku hampir buntu dan tersasar dari jalan-NYA,
Menghubungiku tika kau mengkhuatiri keselamatanku,
Melebihkan keperluanku melebihi keperluanmu sendiri,
Biarpun saat itu kau lebih memerlukan,
Menjadikan semangatmu satu cabaran buatku dalam sepi,
Beri aku kekuatan untuk terus bangkit tanpa orang tersayang disisi,
Menenangkan jiwaku tika tiada yang mendampingiku,
Tempatku mencurahkan luahan hatiku,
Orang pertama ku mengharap pertolongan,
Sahabatku,
Kaulah sahabat sejatiku,
Pabila kulihat wajahmu ALLAH yang pertama di hatiku.
by,
WadI-iMs